SSM PPAB-04/2018
[email protected] | 0387401193
YMSAQ
Sahabat Al-Quran (SAQ) ialah sebuah program pendidikan bermodul yang memfokuskan pengajian Al-Quran dan fardhu ain khusus untuk anak-anak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Kos Rendah. SAQ ini bertujuan memberikan pengajian dan pelajaran al-Quran secara teratur kepada pelajar sekaligus membina akhlak, rohani dan intelektual pelajar agar selari dengan ajaran Islam. SAQ bukan sahaja menekankan pendidikan al-Quran dari sudut bacaan dan tajwid, tetapi turut memberi kefahaman mengenai isi al-Quran, praktikal fardhu ain dan kefahaman Islam agar dapat dipraktikkan serta diterjemahkan kepada akhlak dan adab pelajar. Perkataan “Sahabat Al-Quran” dipilih dan digunakan adalah bertujuan membudayakan masyarakat untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan teman setia di dalam kehidupan tidak kira walau di mana berada. Hal ini selari dengan sabda, Rasulullah: “Bacalah oleh kalian Alquran. Kerana ia (al-Quran) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.” [HR. Muslim 804] *Amaun minimum untuk sumbangan berkala adalah RM10 /bulan
View Product Info
Simplify your card payment with Google Pay™
You can also use your ATM card as debit card. Click here
Please disable any pop-up blocker
Yes, I agree and I have read all the Terms & Conditions
By proceeding, you agree to authorise senangPay (Simplepay Gateway Sdn Bhd) to debit the above net charges to your credit/debit card or online banking account.
Item Selected
Item have been selected.
Delivery Charge Updated
Delivery charge have been updated.